Wednesday, June 23, 2010

11.34 p.m 25/6/10

Harini tak sekolah, tak terbangun. Taktahu kenapa, bapak dah kejut pun takda effect, rasa macam taknak bangun, nak tidur je, macam takda masalah, boleh hidup dalam mimpi. So bangun pukul 12. Macam-macam mimpi ada, mimpi buruk manis semua ada. heh still , mimpi je, aku terjaga jugak. Kalau aku tak terjaga sampai bila-bila, entah ada ke orang kesah? Selain familly aku ni ?

Bangun je pergi basuh muka, tengok tv. Kebetulan ada cerita favourite aku lagi, cerita " Three Idiots " tuh. Layan lagi hindustan kan. Then makan nasi lemak parents beli, itu pun makan setakat alas perut , tak rasa lapar langsung, takda selera. Lepas tuh online ni lah, hmm.

Aku tak suka duduk rumah, bila duduk rumah tension je yang ada, taktahu kenapa. Sebab confirm lah otak ni nak berfikir macam-macam. Heh tah apa-apa je, kalau lah boleh buat tak peduli je, macam Sabrina :p Haha, Sekarang selalu je aku call dia, boleh habiskan kredit, guna supersavers dengan sepenuhnya, kan Sabrina? haha, atleast dia nak lah jugak berborak sikit-sikit. Takdalah aku terasa bosan yang amat, lagi-lagi sekarang susah nak tidur awal. Entah kenapa? Tak senang doh. Memang ada sebabnya, tapi yelah, cuba untuk tak peduli, malas doh nak rasa saket hati lagi kot. Semalam dah rasa semacam, sampai tak peduli haa apa jadi bhai. haih.

Makin hari rasa makin rapat dengan Aminul. Best lepak dengan dia. Tiba-tiba ada chemistry bila mula-mula hangout dgn dia. Kami macam faham masing-masing kot. Kalau lepak dengan dia, boleh masuk air, jadi gila. Wah kami jadi gila takyah cakaplah, serious lupa dunia. Itu yang best, boleh lupakan issues-issues yang ada dalam kepala otak nih. Aman sikit, boleh hargai hidup dekat dunia ni kan? Aku harap kitorang takkan berselisih faham, macam dulu.

Sejak dua tahun aku single, pelbagai benda aku belajar. Macam-macam lah, dah agak masak lah dengan perangai orang-orang kan. And sekarang pun, aku dah lebih matang dari dulu lah, lagi banyak call drpd texting. Dulu Salihin ni nak call orang pun takut tahu tak? :D haha Sekarang haa bukan main hari-hari nak call, sekarang mangsa call hanya, Syamim dengan Sabrina aje , best :) So harap anda tidak bosan, kerana saya akan *ehem2 -.-

So entah post ini taktahu nak bagi tajuk apa? Anda baca jelah buat suka-suka, hidup saya tidak menarik mana, orangnya pun tak berapa nak menarik, tapi sangat suka berkawan dan bercakap. Woo tapi kadang-kadang rasa bosan, dah dua tahun single de, terror tak? :D

habes, bye

No comments:

Post a Comment